Caprice mohon cadangan nama anak

Caprice mohon cadangan nama anak

 


Penyanyi rap dan usahawan, Caprice, memohon cadangan orang ramai mengenai nama yang sesuai diberikan untuk anak sulungnya.


Permintaan itu dibuat Caprice atau Ariz Ramli, 36, menerusi perkongsian di Instastory.


“Berkenaan nama, kami belum dapat lagi. Tapi cuba anda cadangkan beberapa.


“Saya dan isteri juga sudah ada beberapa nama yang sedang kami pertimbangkan.


“Insya-Allah esok kita kongsikan,” katanya yang tidak mendedahkan jantina anaknya itu.


Semalam, Caprice memaklumkan dia kini bergelar bapa hasil perkongsian hidup dengan isteri, Farra Inalis.


“Terima kasih atas doa dan ucapan tahniah, saya baru sempat membacanya. Ia memberi makna besar dalam hidup kami.


“Syukur alhamdulillah untuk segala-galanya,” tulisnya.


Caprice sah bergelar suami kepada Farra pada tahun 2021.


Majlis resepsi pasangan tersebut diadakan serba ringkas dan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Post a Comment

0 Comments