Derita "wedding planner" siapkan majlis kahwin di rumah berpenunggu

Derita "wedding planner" siapkan majlis kahwin di rumah berpenunggu



Mencabar juga ye kerja wedding planner ni. Dapat pulak tempat majlis yang agak 'keras', berpeluh-peluh juga dibuatnya. Ikuti cerita pengalaman seorang gadis berketurunan Mynamar yang bekerja di Malaysia.


Dulu masa di Malaysia saya tinggal di kl, saya kerja dengan kak saudare saya di butik pengantin. Kak saudare saya ade business wedding planner di Puchong. So bila saya kerja dengan dia, setiap kali ada event orang nak kawin mesti kena pegi pasang pelamin tak kira pukul berapa.


Pendekkan story suatu hari tu ada event di klang, kena pegi rumah kampung pengantin tu di salah satu kampung di klang. sape yang duduk klang mesti tahu suasana kampung dia sangat unik, rumah2 kayu dan atap macam design zaman dulu. Hari pun dah hampir magrib, kite semua bertolak ke klang bawak barang2 nak pasang pelamin dan pakaian pengantin.


Hari pun dah gelap lepasi magrib baru sampai klang. kita pun masing2 bawak turun barang dan pelamin pun siap pasang. Sejujurnya rumah pengantin tu agak usang dan gelap sepanjang jalan di kampung tu, hanya ada spotlights yang kita pasang di khemah tepi rumah dia. Belakang rumah pula ade hutan sawit yang tebal. Tak boleh nampak ape sebab hutan tebal dan gelap.


Masa tu dah pukul 11:30 lewat malam, Lepas dah siap pasang pelamin, kite kena set up meja makan pengantin pula buat decoration letak bunga2 fresh. masa Kak saudare tengah hias meja dengan bunga2 fresh, air untuk tuang dalam pasu2 bunga fresh tu pula habis, Kak saudare suruh saya pegi tadah air di belakang rumah pengantin tu. Saya tak da rasa takut pun masa tu, yela penat tengah buat kerja tak fikir pula bukan2. Orang lain tidur da semua, tinggal pengantin lelaki, Kak saudare dengan kawan dia dan saya je.


Saya pun ambil baldi dan pegi belakang rumah tu sorang2, yang lain buat keje sikit2 di luar rumah dalam khemah pelamin tu. jalan pun tanah liat yang licin selepas hujan. tiba2 masa saya sampai dekat paip air belakang rumah tu, saya tak sengaja terpandang salah satu pokok sawit dalam gelap, saya tak tahu , saya pandang sebab seolah2 ada seseorang perhati gerakan saya.


Saya cuba tengok dalam gelap ke arah pokok2 sawit dalam gelap tu beberapa saat, tiba2 saya ternampak ada muka perempuan muka tak nampak tapi bahagian mata dengan hidung je nampak, muka comot macam terkena tanah liat situ, mata dia samar2 je nampak, berlendir kilat dan kotor mcm terkena tanah, dengan muka separuh kilatnya dalam gelap pun boleh nampak samar2.


Dia seolah intai saya dari celah pokok sawit tu, tapi mata dia tak kelip langsung..badan tak nampak, yang saya nampak perempuan tu pandang saya dengan muka macam marah tak puas hati, ala macam orang pandang kita muka bengis gitu.


Saya terkaku betul2 masa nampak dia tu, saya berdiri situ beberapa saat sambil tengok bende tu, saya seolah bingung, dalam gelap pula tu, tak sempat saya isi air, saya cuba nak lari ke tepi rumah semula tapi tiba2 saya tergelincir jatuh terpijak tanah liat tepi parit belakang rumah tu. Masa tu juga saya betul2 takut. Sebab saya tahu apa yang saya nampak tu bukan orang.


Lepas saya jatuh situ saya betul2 gigil takut dan sempat lagi saya pandang belakang tempat pokok2 sawit tu, ternampak rambut panjang terkena tanah sebelah salah satu pokok sawit tu. Allah ..saya betul2 takut. Saya cuba berdiri nak lari keluar depan rumah, tiba2 pengantin lelaki tu datang tegur saya ‘jumpa tak dik paip air?’


Agaknya lama sangat saya pegi isi air, saya rasa lega nampak ada orang datang tegur saya, saya cuba tunjuk jari dekat pokok2 sawit tu konon saya nak bagitahu dekat pengantin lelaki tu apa terjadi tadi, sebab saya memang tak tahu nak cakap apa da masa tu, terkaku bingung badan saya, tapi dia menyampuk kata ‘tak da ape la dik’ sambil senyum.


Saya pun diam je dengan pucat pening kepala. masa saya sampai dekat kak saudare ke depan rumah, saya nak bagitahu dia ape yang saya alami tadi tapi takut dia marah saya dan cakap saya merepek pula. saya diam aje saya tak cerita dekat sape2. Ni first time saya tulis sendiri sambil bayangkan. sampai sekarang dalam kepala saya masih jelas muka buruk ‘perempuan’ tu. Mulut tak nampak, maybe tersembunyi dengan rambut kusut tu.


Cerita tak habis situ je, pengantin lelaki tu sewakan kami salah satu hotel di klang untuk bermalam situ sebab elok majlis mereka, hotel tu ma syaa Allah jauhnya ke dalam hutan tebal. betul2 dalam hutan yang gelap. Orang pun tak da. Masa dalam kereta saya ingat saya nak cerita juga tapi tak jadi sebab takut kak saudare akan gelakkan saya pula sebab tak percaya.


Masa lalu kampung tu sepanjang jalan, yang nampak tepi jalan semuanya hutan tebal, lampu jalan pun tak terang. tu la pengalaman saya lalui sendiri.




Gambar sekadar hiasan: tapi sebijik rumah macam ni.

Kredit: Princess Naznin

Post a Comment

0 Comments