Pelakon Fatin Afeefa dilihat ada berkongsikan pendapatnya di Insta Story mengenai ibu bapa yang membawa anak kecil menggunakan stroller ke bazar Ramadan.
Menerusi perkongsian itu, Fatin berkata ibu bapa berhak untuk membawa anak-anak mereka ke mana sahaja dan mereka yang belum berkahwin serta belum mempunyai anak tidak faham.
“Korang belum ada anak lagi, bolehlah cakap macam tu. Parents ada hak nak bawak anak kecil pergi mana-mana sekalipun,” tulisnya.
Sementara itu, Fatin seolah menyindir ibu bapa yang yang tak kisah membiarkan anak-anak kecil ke tempat sesak dan berisiko terdedah dengan virus.
“Biarlah anak kecil tu bersesak-sesak, kepanasan, bahang, berpeluh, terdedah dengan virus, sesak nafas bau asap-asap dekat bazar tu.
“Kita yang dah tua bangka ni pun sesak nafas kadang-kadang berhimpit dekat bazar tu. Tapi korang tak ada anak, korang tak akan faham,” katanya.
0 Comments