Gangguan menyeramkan ditapak perkhemahan

Gangguan menyeramkan ditapak perkhemahan



Korang suka tak pacak khemah kat campsite? seronok kan camping. Tapi yang tak seronok bila kita di sapa oleh makhluk yang tak nampak ni. Boleh demamberhari-hari jadinya. Kisah seram kali ni, daripada Rogayah binti Zulhilmi. Kena kacau kat tandas dengan cik ponti . Korang rase? 


Akak nak cerita pengalaman akak di kacau hantu semasa camping di campsite *tooot tooot*.


Camping dah macam gaya hidup, akak selalu camping sensorang. Kalau bawak kawan leceh, kita pasang khemah dia duduk jer bawah pokok. Kalau kita sibuk masak dia boleh pulak pergi mandi sungai. Pendek kata menyakitkan hati.


Sekadar gambar hiasan



Pendekkan cerita selesai masak, akak masuk tidur. Dah kenyang mata sudah tentu ngantuk bukan. Oh yer tentu korang tanya akak pakai khemah apa? Akak pakai khemah kzm black edition, baru nampak classy sikitkan.


Ok kita balik kepada cerita hantu. Dalam pukul 2pagi perut akak buat hal nak memerut pulak. Tandas ada campsite operator sediakan, tapi jauh la pulak dari khemah akak.


Akak tengok keliling semua camper dah tutup khemah tidur. Akak tawakal jer la jalan ke tandas.


Masa duduk termenung atas jamban, ekor mata akak dapat menangkap sesuatu yang hitam bergerak atas bumbung tandas. Masa tu sempat akak berfikir nak pandang ke tak, nak pandang ke tak. Akak pandang!


Nah kau! Seketul lembaga berambut hitam panjang menyengih memandang akak. Lepas tu akak tak ingat apa dah.

Sekadar gambar hiasan (Min amik yang kabur sikit supaya korang tak terkejut) 

Sedar sedar akak berada dalam khemah akak keesokkan paginya. Kelihatan campsite owner meletakkan kain basahan air panas di dahi akak.


Rupanya campsite owner terdengar akak menjerit dan dapati akak pitam dalam tandas terjelepok bawah lantai. Masa tu akak rasa malu sangat mungkin aurat akak terlihat.


Sejak kejadian itu akak bersara dalam arena percampingan. Taubat. Akak sekarang sedang giat dengan hobi kumpul stem supaya hobi ni dapat buat akak sibuk dan menglupakan camping buat selamanya. Sekian, tamat.

Seram tak? sebiji macam korang bayang kalau masuk tandas kan?


Post a Comment

0 Comments