Gelang ‘pita pelekat’ harga hampir menyamai sebuah kereta

Gelang ‘pita pelekat’ harga hampir menyamai sebuah kereta


PARIS –  Jenama mewah dari Sepanyol, Balenciaga sekali menampilkan aksesori unik berupa gelang tangan menyerupai pita pelekat, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.


Biarpun kelihatan seperti objek biasa, ia memiliki logo jenama rumah fesyen tersebut.


Gelang itu dilancarkan semasa Minggu Fesyen Paris bagi koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2024, awal bulan ini. 


Produk lain daripada yang lain itu bagaimanapun menerima kecaman netizen selepas tular di media sosial.


Seorang pengguna  platform X berkata: “Rumah fesyen mewah Balenciaga sekali lagi mencetuskan perdebatan dengan aksesori terbarunya, gelang menyerupai pita pelekat, lengkap dengan logo jenama dan tanda harga  besar AS$4,000(RM18,936)! Ini gila.”




Item tersebut tidak disenaraikan untuk dijual pada masa ini. Balenciaga masih belum menyatakan harga gelang itu, tetapi beberapa pesohor fesyen berkata, harganya  boleh mencecah AS$4,400 (RM20,829.60).


Balenciaga juga pernah menjual beg kulit mirip  plastik sampah pada harga AS$1,790 (RM8,473.86) di samping beg tangan yang diilhamkan daripada selebriti program realiti televisyen,  Kim Kardashian.




Beg tangan dibalut dengan pita kuning dan hitam itu berharga AS$3,100 (RM14,675.40). 


Kredit: Kosmo 

Post a Comment

0 Comments