Guru ini dipuji habiskan duit bonus RM2000 semata-mata untuk hias kelas, hasilnya nampak cantik dan cool - Tahniah cikgu!!




Seorang guru dipercayai menghabiskan duit binusnya RM2000 hanya untuk mencantikkan kelas. 


Untuk pengetahuan semua, duit bonus tersebut adalah pemberian daripada kerajaan untuk kesemua penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan yang disalurkan pada bulan Februari. 


Menerusi platform X guru tersebut menghabiskan RM2000 untuk menghias kelas supaya pelajar-pelajar tertarik untuk datang sekolah setiap hari selain memberi pelajar keselesaan semasa proses pelajaran dan pembelaqjaran. 


Guru yang bernama Kamal Darwin itu berkongsi gambar kelas anak muridnya sebelum dan selepas diubahsuai. 


Bonus RM2000 pegi mana? meh sini nak bagitahu. Ini gambar kelas aku sebelum buat renovation




Ni hasil kerja saya walupun baru tiga bulan di sekolah ni! InsyaAllah jika diberikan tugas saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin pada masa yang akan datang.









Ambil masa seminggu untuk siapkan kelas ni, ni bukan hasil saya seorang tanpa bantuan ibu bapa, kakitangan kebersihan Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 4 (SKAT4) dan guru-guru senior yang turut sama berkongsi idea serta pentadbir (SKAT4) dan tak lupa juga PIBG, tulisnya menerusi hantaran tersebut.




Dalam pada itu di ruang komen, ramai netizen memuji semangat guru tersebut yang sepatutnya dicontohi oleh guru-guru lain.


Terima kasih cikgu, anak-anak akan ingat cikgu sampai mati


Wow cantik dan nampak cool


Wow mantap bro, semoga rezeki itu tak terhenti setakat 2K , tetapi rezeki akan mengalir selagi mana memberi manfaat kepada pelajar. 


Hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 1 juta tontonan di platform X


Kredit: Kamal Darwin




Post a Comment

0 Comments