"Ini contoh Dj & artis syok sendiri bila bagi pendapat" - wanita ini tak setuju cara Lofa

"Ini contoh Dj & artis syok sendiri bila bagi pendapat" - wanita ini tak setuju cara Lofa

 


Dalam program pen-Dj-an kebiasaan ada satu segmen menerima panggilan orang ramai, baru-baru ini segmen yang berkeudara di Radio Era itu mendapat perhatian umum apabila seorang artis jemputan  Neelofa telah beri pandangannya kepada pemanggil yang tidak tahu cara 'tone down' dahulu masalah pemanggil bahkan ramai menganggap Neelofa dan Nabil tidak bersikap empati terlebih dahulu.


Segmen itu jika didengari pemanggil mempunyai masalah keluarga kerana ibunya telah melarikan diri dengan lelaki baru hingga sanggup meninggalkan tiga orang anaknya semata-mata nak jadi isteri kedua.


Tidak lama selepas ibunya melarikan diri bapanya pula meninggal dunia, pemanggil ketika itu baru berusia 13 tahun, terpaksa menjaga adik-adiknya sehinggalah pemanggil bergraduasi tamat belajar tiba-tiba ibunya datang ke majlisnya membawa keluarga baru suami baru.


Neelofa dikatakan mengambil langkah suruh maafkan je, Nabil beri peringatan takut nanti mak mati menyesal tak minta maaf, jadi seorang facebooker telah luah rasa tidak puas hati pada Neelofa dan Nabil di laman facebooknya kerana tidak beri respon terbaik pada pemanggil.


Ini tulisannya:

Ramai kecam Neelofa dan deejay sebab bagi nasihat tak sepatutnya kat caller. Dan aku pun rasa diorang ni bagi pendapat ikut sedap je bukan kesian dekat caller tu😑


Caller nangis-nangis cerita dia trauma dan tak boleh maafkan mak dia yang lari tinggal keluarga untuk jadi isteri nombor dua.


Bayangkan ye, tak lama lepas mak dia lari ayah dia meninggal. Dia masa ni sekolah lagi dan dia cuba cari mak dia tapi tak dapat. Call mak tak angkat!


Masa mak lari caller baru umur 13 tahun! Masih sekolah lagi dan dia besarkan adik-adik sendiri. Ayah dah tak ada. Mak hilang seronok kahwin baru.


Caller dah umur 20-an. Adik-adik dia pun dah stabil. Tiba-tiba baru mak datang balik. Dan mak rileks je nak perkenalkan suami baru dan anak-anak baru dia.


Masa caller graduate mak datang dengan suami dan keluarga baru. Sah sahlah caller ni marah dan tak nak jumpa kan.


Luka dia lalui bukan kecil. Trauma dan makan hati yang memang patut. Caller direct cakap dia tak maafkan mak dia.


Tapi apa respon deejay dan artis jemputan ni? 


Neelofa suruh maafkan je mak tu. Mak tetap mak.


Nabil siap takutkan nanti mak mati menyesal tak minta maaf.


Caller terus diam. Tak ada respon.


Dan aku yang dengar pun macam what? 😑


Ini contoh deejay dan artis syok sendiri bagi opinion. Nobody validate her pain and regret.


Pain is still pain.

Dia berhak untuk marah dan tak nak maafkan mak dia. Masa budak lagi dia yang jadi mangsa konflik orang dewasa. 


Memang patut netizen kecam sebab tak ada empati dekat caller.


Memang kesian betul kat caller. Speechless terus dia. Terus senyap.


Patutnya better panggil kaunselor bertauliah. Bukan artis/influencer hidup senang gembira dan tak memahami kesusahan orang lain.



Video di tiktok:
 

@era.je Allahu. Bayangkan betapa traumanya Laila (bukan nama sebenar) sampai sekarang dia susah nak bagi kepercayaan pada orang. Banyak pengorbanan yang Laila kena buat. Cuma sekadar nasihat dari @nabilzira & @neelofa , awak maafkan dan berbaiklah dengan ibu. Apa pun Laila, awak memang orang yang hebat. Moga Allah permudahkan urusan awak 🤲🏻🥹 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA #JumaatBersamaLOFA ♬ emotional sad background(1383128) - MaxRecStudio


Cerita menarik lagi follow kami di facebook Kisah Jalanan dotcom 

Post a Comment

0 Comments