Ikan buntal adalah sejenis ikan beracun yang amat digemari bagi mereka yang ingin merasakan makanan yang "rare". Ikan buntal juga menjadi kelaziman untuk dimakan bagi penduduk yang tinggal di persisiran pantai atau bekerja sebagai nelayan.
Membuang racun ikan buntal memerlukan pengalaman dan kemahiran. Silap hari bulan, racun yang masih tersisa dalam ikan boleh membawa maut jika di makan walau sedikit. Itulah yang terjadi kepada seorang ibu dan dua anak perempuannya di Maluku, Indonesia.
Wanita berkenaan bernama Leny,28 dan dua anaknya Keisya 5, Chrismen 2 tahun telah menjamah telur ikan yang digoreng oleh suami Leny.
Setelah menjamah hidangan telur ikan tersebut, mereka mengadu tekak seperti terbakar selain badan yang terasa lemah. Suami Leny panik dan segera menghantar isteri dan anaknya ke hospital.
Bagaimanapun, dua jam selepas menerima rawatan, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia. Suami mangsa menerima kematian isteri dan kedua anak perempuannya sebagai ketentuan takdir dan enggan dibedah siasat.
Kredit: Serambinews
0 Comments