Luluh hati ibu selepas melihat kecederaan anaknya (autism) dibuli ketika pergi solat di surau


 

Seorang kanak-kanak autism luka ketika pulang daripada surau dipercayai dibuli oleh kanak-kanak lain. 


Ibu kepada mangsa berasa sedih melihat keadaan anaknya selepas pulang menunaikan solat maghrib di surau. Semasa pulang dari surau, kanak-kanak normal dalam lingkungan 11 hingga 15 tahun telah menahan mangsa di tepi jalan.   


Kemudian, pembuli tersebut telah mengigit dan menumbuk mangsa sekuat hati dan mengakibatkan kecederaan di badan, mata dan lengan. 


Lebih malang lagi, ibu mangsa tidak dapat berjumpa dengan ibu bapa pembuli kerana tiada di rumah. Berikutan kejadian ini, satu laporan polis telah dibuat untuk keselamatan anaknya. 


Netizen turut menyokong tindakan ibu mangsa untuk membuat laporan polis.




Sebesar  manapun badan kanak-kanak Autism, mereka tidak mampu membalas serangan pembuli disebabkan masalah saraf yang membuatkan mereka sensitif untuk menyentuh orang lain atau di sentuh. 


Ibu bapa perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak dan semoga pembuli mendapat pengajaran serta balasan yang setimpal. 


Kredit: Nasha Bebo Mapasun

Post a Comment

0 Comments