Kerana adik, Instagram Risteena diserang 'ayat pedas' netizen


Kuala Lumpur: "Ini ke kakak dia? Memalukan keluarga." Itu antara 'serangan' netizen di akaun Instagram (IG) pelakon, Nur Risteena 'diserang' netizen selepas timbul berita yang mendakwa adiknya, Ruhainies ditangkap khalwat dengan rakan pelakon, Aliff Aziz.


Dalam beberapa hantaran, pelbagai komen lepas geram netizen ditujukan kepada Risteena dan keluarganya.


"Ingat artis mahal. Rupanya, pilih yang murah juga. Sondol laki orang kot. Jijik dari tong sampah," tulis satu netizen.


"Semoga semua wanita dalam keluarga Ruhainies mendapat sakit berkali ganda dengan apa yang Bella Rasa. Amin," tulis satu netizen lain.


"Kalau betullah apa yang tular, mesti Risteena dan keluarga kesal kan sebab hubungan rapat sangat. Nasihatlah kat Ruhainies itu. Tak berbaloi sejenis bekerja keras, kemudian pilih orang seperti Aliff itu. Dia berhak yang lebih baik!" tulis satu lagi netizen.

Post a Comment

0 Comments