Kronologi pembunuhan Siti Nur Surya oleh sahabat baik, Siti Nur Athirah yang dipenjara 30 tahun

Kronologi pembunuhan Siti Nur Surya oleh sahabat baik, Siti Nur Athirah yang dipenjara 30 tahun



Pembunuhan Siti Nur Surya Ismail pada 2 November 2020 pasti terpahat dalam ingatan masyarakat. Kes tersebut lebih menggemparkan apabila suspek pembunuhan adalah rakan karibnya sendiri.


Artikel berkaitan: Membunuh sahabat baik, Siti Nur Athirah di jatuhkan hukuman hari ini


Tidak berpuas hati disebabkan kata mengata dan sindir-menyindir sebelum ini dipercayai menjadi punca pelaku, Siti Nur Athirah Azmi nekad membunuh rakan sekolahnya di kediaman gadis itu di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.




Paling menyedihkan, pembunuhan berlaku semasa Siti Nur Surya sedang menjaga ibunya yang sedang terlantar sakit akibat kanser otak! Malah pelaku pula adalah rakan baiknya yang bersama sejak dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam.




Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:

1-Siti Nur Athirah pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu.

2-Kemudian berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan di antara mereka.

3-Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

4-Ketika kejadian, bapanya, Ismail Muda yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah.

5-Pada jam 2.30 petang itu, Allahyarham ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adik bongsu, Siti Nur Syuhada yang baru pulang dari sekolah.

6-Hasil siasatan mendapati pembunuhan melibatkan penggunaan senjata tajam.




7-Siti Nur Athirah yang hadir ke Balai Polis Telemong memberikan keterangan. Susulan keterangan yang mencurigakan polis membuat tangkapan ke atasnya untuk siasatan lanjut.

8-Hasil pendedahan, suspek memaklumkan perselisihan faham dengan Siti Nur Surya, dia kemudian mengambil sebilah pisau yang ada di ruang tamu sebelum mencederakan rakannya itu.

9-Penahanan pelaku membawa kepada penemuan beberapa barangan milik Allahyarham dilaporkan hilang termasuk dua beg tangan, dua telefon bimbit, wang tunai dan barangan kosmetik.




10-Pemeriksaan ke atas tubuh badan pelaku juga mendapati beberapa kesan kecederaan di bahagian badannya.

11-Pihak polis masih mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden itu.

12-Polis akhirnya menemui senjata dipercayai pisau yang dibuang di tepi lebuh raya tidak jauh dari lokasi pembunuhan tragis itu.




13-Polis meneruskan siasatan membawa suspek ke sebatang sungai di Telemong bagi mengesan barang kes yang dipercayai dibuang dalam sungai tersebut. Malah gambar suspek berpakaian tahanan lokap berona oren tular di laman sosial ketika itu.

14-Pelaku yang kini berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 tahun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas dia mengaku salah,

15-Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

16-Bagaimanapun, tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

17-Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020.




Semuanya angkara sahabat baik, tidak lama dahulu kes ini dikatakan seakan serupa dengan kes pembunuhan Juliana Md Fuzi di Kuala Lumpur kira-kira 17 tahun lalu.


Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua.

Kredit: Sinar Plus


Post a Comment

0 Comments