Lelaki muat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah dipanggil polis

Lelaki muat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah dipanggil polis


KOTA KINABALU: Polis, di sini, sudah memanggil seorang lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah, hari ini.


Lelaki terbabit yang menggunakan akaun Facebook bernama Ricky Shane CA dikesan memuat naik komen berbunyi ‘Allah d tapak kaki pun satu isu…mentality sampah’.




Komen berkenaan dimuat naik di bawah pautan berita dalam talian New Strait Times (NST) mengenai stoking tertera kalimah Allah.


Sementara itu, orang ramai yang mengetahui identiti lelaki terbabit dilihat cuba mendapatkan suspek di kediamannya dipercayai untuk bertanya punca dia menulis komen yang menyakiti hati umat Islam itu.


Satu video yang menunjukkan sekumpulan individu menunggu suspek di luar pintu masuk ke lobi lif di sebuah kondominium yang menjadi tempat suspek tinggal di bandar raya ini turut viral di media sosial.


Pintu masuk ke lobi itu bagaimanapun dikawal pihak keselamatan, sebelum kumpulan terbabit bersurai apabila kelihatan suspek memasuki lif.


Dalam video itu juga kedengaran suara orang bercakap yang mengatakan bahawa dia tidak dapat menerima perbuatan suspek walaupun sudah meminta maaf.




Menerusi satu lagi hantaran di media sosial, suspek terbabit memuat naik permohonan maaf atas segala komen dan apa yang ditulisnya.


Beliau juga mengaku sebagai seorang mualaf yang masih perlu belajar banyak perkara berkaitan Islam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.


“Lelaki terbabit sudah dipanggil ke balai polis untuk pertanyaan awal.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,” katanya. 


Netizen sempat mengumpul komen-komennya yang terdahulu  dimana telah menghina agama Islam di laman sosial. Perbuatannya yang biadab telah menaikkan kemarahan umat Islam.







Kredit:  Info X 

Post a Comment

0 Comments