Lelaki 'paru-paru besi' meninggal dunia setelah berusaha hidup selama 78 tahun

Lelaki 'paru-paru besi' meninggal dunia setelah berusaha hidup selama 78 tahun


 Washington: Seorang pesakit polio yang dikenali sebagai 'lelaki paru-paru besi' dilaporkan meninggal dunia pada usia 78 tahun, menurut keluarganya dan laman sesawang pengumpulan dana, GoFundMe.


Paul Alexander dari Dallas, Texas di Amerika Syarikat (AS) dijangkiti polio pada usia enam tahun, menyebabkan dia lumpuh dari leher ke bawah dan terpaksa bergantung pada alat pernafasan mekanikal sepanjang masa untuk bernafas.




Walaupun sering terkurung dalam kebuk besi yang mirip kapal selam, dia cemerlang dalam pelajarannya, memperoleh ijazah undang-undang, bekerja dalam bidang undang-undang dan menulis buku.


"Dengan berat hati saya perlu mengatakan bahawa abang saya meninggal dunia malam tadi.


"Ia adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan seseorang yang dikagumi sepertinya," tulis Philip Alexander di Facebook, pada awal Rabu.

Post a Comment

0 Comments