Membunuh sahabat baik, Siti Nur Athirah di jatuhkan hukuman hari ini

Membunuh sahabat baik, Siti Nur Athirah di jatuhkan hukuman hari ini


KUALA TERENGGANU: Bekas pelajar Tingkatan Enam dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana membunuh rakannya, empat tahun lalu.


Artikel berkaitan: Kronologi pembunuhan Siti Nur Surya oleh sahabat baik, Siti Nur Athirah yang dipenjara 30 tahun


Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.




Bagaimanapun, tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.


Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali.




Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November 2020.


Dalam kejadian itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya yang baru pulang dari sekolah.


Kredit: Berita Harian



Post a Comment

0 Comments