Netizen gesa JAKIM selamatkan Fathia Latiff daripada murtad

Netizen gesa JAKIM selamatkan Fathia Latiff daripada murtad


Umum mengetahui sejak beberapa bulan lalu nama pelakon Fathia Latiff menjadi perhatian susulan kenyataannya menyamakan aktres Zahirah Macwilson seperti bibik sehingga dikecam oleh netizen.


Bukan itu saja, penampilannya juga turut dikritik apabila tampil tidak bertudung serta dilihat mengenakan seluar pendek sekaligus mengejutkan netizen.


Terbaru, tular video memaparkan Fathia memberi amaran kepada netizen berikutan sering dikecam. Fathia mendakwa dia melakukan perkara sedemikian kerana bengang dengan netizen.


“Korang jangan sampai aku keluar agama sebab korang tau. Apa yang korang buat dekat aku ni.


“Aku minum arak ke, aku pakai short pants ke, aku jadi kafir ke sebab aku bengang dengan korang, aku tak berdosa.


Sementara itu, Fathia juga mengatakan bahawa netizen yang akan masuk neraka kerana seolah memaksa dirinya.


“Jangan sampai kau beribadah 100 tahun pun tak guna tau. Sebab korang buat seorang saudara atau saudari korang jadi macam ni.


“Allah boleh maafkan, tetapi kalau manusia belum tentu dia boleh maafkan,” katanya.


Sementara itu netizen mohon bantuan Jabatan agama buat satu pantauan pada Fathia:







Post a Comment

0 Comments