Peguam ini selar tindakan Risteena mengugut netizen dengan saman

Peguam ini selar tindakan Risteena mengugut netizen dengan saman



Isu panas mengenai tangkapan khalwat Ruhainies dan Alif Aziz belum lagi berakhir. Malahan kakak Ruhainies iaitu Risteena turut diserang netizen atas tangkapan khalwat tersebut.


Tempoh hari Risteena telah mengeluarkan kenyataan akan mengeluarkan saman kepada pihak atau netizen yang menfitnah dan menghina adiknya.


Tegas Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 34, segala hantaran berbaur hinaan dan fitnah yang dilontarkan kepada Ruhainies akan disimpan sebagai bukti walaupun ada yang sudah dipadam.


“Meski sudah padam, semua bukti berunsur fitnah, lucah dan maki akan ditangkap layar pihak peguam.




“Tolong bagi kerjasama nanti,” katanya menerusi Instagram.


Menerusi hantaran berasingan, pelakon Ajari Playboy Itu juga berkongsi beberapa tangkap layar mesej yang diterima selepas Ruhainies mengeluarkan kenyataan tentang kejadian sebenar berhubung insiden ditangkap khalwat pada 8 Mac lalu.


Namun, tindakan Risteena itu telah diselar oleh seorang peguam ternama iaitu tuan Mahmud Jumaat. Menurutnya, andai benar Risteena akan mengeluarkan saman kepada netizen, maka beliau ingin membela netizen yang disaman tersebut. 


Selain itu menurut tuan Mahmud, artis tidak boleh sewenang-wenangnya mengugut netizen dengan saman kerana masalah atau isu tersebut berpunca daripada mereka dahulu.



Saya sangat hairan dengan adanya setengah pihak yang suka mengugut netizen dengan undang-undang apabila mereka sendiri yang mencari penyakit sehingga menyebabkan mereka dikritik oleh pihak Jabatan Netizen Negara secara berjemaah. Soalannya, korang pernah masuk Mahkamah tak?


 

Adalah tidak salah dari perspektif undang-undang apabila adanya siasatan kes tangkap khalwat melibatkan artis terkenal apatah lagi melibatkan Aliff Aziz  semestinya menyebabkan orang ramai memberi respon dan komen yang adil serta berpatutan mengikut situasi kes yang dilaporkan. 


 

Adalah juga tidak adil untuk pihak Jabatan Netizen Negara dipersalahkan memandangkan Jabatan ini hanya menjalankan tugas yang diamanahkan apabila melibatkan artis yang mengundang padah kerana menyediakan sarapan lazat ketika sahur dibulan Ramadhan ini.


 

Sebaliknya mereka seharusnya berdiam diri dan membuktikan mereka tidak bersalah menerusi siasatan Jabatan Agama Islam.


 

Apabila wakil pihak perempuan bertindak mengugut Jabatan Netizen Negara, ianya  lebih mengeruhkan keadaan apatah lagi saya juga merupakan netizen yang tidak akan membiarkan sahabat-sahabat saya diugut, disentuh, dan disaman tanpa dibela.


 

Jangan risau. Jabatan Netizen Negara pun ada ramai panel peguam hebat yang sedia untuk berkhidmat. 


 

Ini bukan kali pertama kami diugut. Sebelum ini Jabatan Netizen Negara pernah juga disaman dek kerana ada perosak rumah tangga yang terasa pedas apabila perasan dengan posting yang tidak kene mengena pun dengan hidup mereka.


Meninjau ke ruang komen rata-rata netizen menyokong tindakan tuan Mahmud:


"kalau betul tak salah pegi saman JAWI" 




"fuhh lega rasanya bila jabatan netizen ada peguam"




Apa-apapun haraplah isu ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan segera. Lumrah hidup sebagai seorang selebriti, pasti semua akan mendapat perhatian netizen. Baik atau buruk betul tak? Tapi sebagai netizen adab kena jaga ok!


Post a Comment

0 Comments