SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perempuan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, di sini hari ini.
Pelajar kolej vokasional berusia 19 tahun itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku pada jam 2.50 petang membabitkan sebuah motosikal dengan dua kereta.
Beliau berkata, ketiga-tiga kenderaan terbabit dari Sungai Petani menghala ke Kulim.
Katanya, kemalangan dipercayai motosikal secara tiba-tiba motosikal membelok masuk ke simpang sebelah kanan dan dilanggar kereta.
“Penunggang motosikal cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kredit: Buletin TV3
0 Comments