Pembeli muntah selepas dapat murtabak ‘kain buruk’ di Bazar Ramadhan

Pembeli muntah selepas dapat murtabak ‘kain buruk’ di Bazar Ramadhan

 




Semakin Ramadhan bertambah dari hari ke hari, masalah peniaga di bazar Ramadhan juga tidak berakhir. Saban hari ada sahaja keluhan daripada pelanggan berkait dengan kualiti makanan di bazar Ramadhan.


Menyediakan makanan dengan bahan berkualiti tinggi bukan sahaja mencerminkan tanggungjawab peniaga terhadap kesihatan pelanggan tetapi juga mencipta kepercayaan dalam aktiviti perniagaan.




Jika peniaga berjanji menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti, pelanggan berhak mendapatkannya dan peniaga mesti mengekalkan janji tersebut.


Selain itu, kejujuran diperlukan dalam proses penyediaan makanan. Peniaga perlu memastikan bahawa dapur dan peralatan memasak sentiasa bersih dan mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan.


Memberikan maklumat yang tepat dan jujur kepada pelanggan mengenai cara penyediaan makanan juga adalah amalan terbaik.


Inilah mimpi ngeri yang dialami seorang pembeli  bazar Ramadhan iaitu Yuhaiza Hamid yang berkongsi di media sosialnya. Beliau telah membeli murtabak di bazar Ramadhan, ketika berbuka agak ganjil ada sepotong murtabak yang tidak boleh dipotong kepada bahagian yang lebih kecil. 


Setelah diamati, bahagian tersebut merupakan kain buruk yang di masak bersama di dalam inti murtabak. Menurut Yuhaiza, mereka semua telah termuntah apabila melihat kain buruk tersebut dimasak bersama murtabak. 


Diharapakan peniaga bazar lebih berhati-hati ketika menyediakan makanan. Menurut sumber, murtabak tersebut telah dibeli di bazar Ramadhan Desa Pandan.  



Post a Comment

0 Comments