Semudah ABC renew lesen dari rumah - Buat online je

Semudah ABC renew lesen dari rumah - Buat online je

 


Mudah sangat renew lesen memandu sekarang ni. Jimat masa dan tenaga.


1. LOGIN apps MYJPJ.

Pastikan anda sudah install aplikasi MYJPJ di telefon, dan register secara sah.


2. Tekan Pembaharuan Lesen Memandu.




3. Pilih jenis Lesen: Lesen Memandu Kompeten.

4. Tempoh boleh pilih minima 1 tahun, maksima 10 tahun.





5. Tekan Ya jika memilih mod digital. Jika sebaliknya, tekan Tidak.


Di sini kena faham jika anda tidak memerlukan lesen fizikal, hanya tekan mod Ya, atau anda mahukan lagi bentuk fizikal tekan tidak.


6. Bayar menggunakan kad credit/debit sahaja. Tekan bayar. Masukkan segala details kad.


7. Saya pilih mod digital. Lihatlah Lesen digital Saya. Hehe.




Saya bayar RM25 apabila saya pilih mod digital. Kalau tak, bayar RM30. (Jimat RM5 jika hanya pakai lesen bentuk digital)

Sumber : Elia Hasimi

Post a Comment

0 Comments