Anak gadis kepada pelawak dan usahawan, Shuib, Dzakira Talita Zahra atau mesra disapa Dekta, meraih pujian netizen apabila tampil dengan imej berhijab selepas datang bulan baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dikongsikan Shuib dalam Instagram miliknya, kelihatan Talita, 11, manis bertudung sewaktu berbuka puasa bersama keluarganya di sebuah restoran.
Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad berkata, sebagai bapa dia berasa sangat bangga melihat penampilan anak perempuannya itu sebaik sahaja melangkah ke alam remaja.
“Talita, daddy bangga tengok awak. Cantiknya,” kata Shuib.
Dalam satu lagi hantara berbeza, Talita kelihatan ayu menggayakan jubah dan hijab rona merah ketika menghadiri majlis iftar bersama adik-beradilnya seta ibu tirinya, Watie.
Perkongsian imej baharu Talita oleh Shuib itu mendapat perhatian pengikutnya dalam Instagram malah ramai memuji penampilan terkini Talita yang tampak manis berhijab.
Netizen turut menitipkan rasa syukur atas perubahan imej Talita dan berharap puteri tunggal Allahyarham Siti Sarah Raisuddin itu sentiasa istiqamah membesar sebagai muslimah sejati.
“Talita sangat ayu dan cantik. Semoga menjadi seorang wanita muslimah sejati,” kata seorang pengguna Instagram.
“Alhamdulillah, Dekta dah pakai tudung. Semoga kekal istiqamah,” kata seorang lagi pengguna Instagram.
“Ya Allah, cantiknya Talita pakai tudung. Manis dan ayu,” kata seorang netizen.
Kelmarin, Shuib, 40, berkongsi video menitiskan air mata apabila anak perempuan kesayangannya itu sudah datang haid.
Dalam video tersebut, Shuib dilihat memeluk Talita sambil mengatakan anaknya itu sudah memasuki alam dewasa dan bakal mengenang peristiwa tersebut buat selama-lamanya.
Dalam hantaran sama, dia turut mendoakan permata hati yang sudah menginjak usia 11 tahun itu menjadi wanita solehah dan hebat dunia akhirat.
Kredit: KOSMO!
0 Comments