Siapa sangka di sebalik pilihan perisa berwarna warni dan nampak sedap rupa-rupanya bukan apa yang dijangka. Itulah yang terjadi dalam kes ‘donut palsu’ di Pasar Malam Bachok, Kelantan.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook, menarik Klate Kito yang memaparkan gambar sebiji ‘donut‘ di yang dikongsi oleh seorang pengguna bernama Ira Suya.
Dia telah membeli donut itu daripada seorang peniaga wanita muda
dan terkejut apabila mendapati donut tersebut bukan donut yang sebenar.
Roti burger, kamu potong/cucuk tengah dan jadikan donut. Saya kalau Bab makanan mahal ke, tak sedap ke diamkan diri sahaja. Tapi ini dah kira menipu, tulisnya.
Ramai pelanggan yang telah tertipu dengan helah peniaga tersebut
Ira Suya bukan satu-satunya ‘mangsa’ penjual donut palsu situ.
Berkongsi di Facebook, Fatimah Mulyati juga
terbeli donut tersebut kerana menurutnya, ia nampak cantik dan menyelerakan.
Pergi fun fair di Pantai Irama Bachok malam tadi. Tengok donut bukan main lagi warna warni menarik. Belilah sebiji perisa strawberry, sekali anak gigit ROTI BURGER! RM3 hinggit sebiji.
Patah balik ke gerai dia nak confirmation kot la dia cakap Eh kito jual roti celup coklat bukan donut. Ha,oklah lagi walaupun memang rupa sebiji macam donut tebuk tengah kan. Rupanya tidak, peniaga cakap itu memang donut,kata Fatimah.
Fatimah berkata dia sangat kecewa terhadap peniaga tersebut yang tidak jujur dan menasihati peniaga lain agar tidak buat aniaya kepada orang ketika urusan jual beli.
Semoga menjadi pengajaran buat para peniaga supaya sentiasa jujur dalam
berniaga. Sekiranya meniaga roti celup coklat, labelkan ia dengan betul supaya
ia tidak mengelirukan pembeli.
Video tutorial donut Fake
Jangan tak takut dosa Tuan/ Puan
Jangan tuan
puan. Jangan menipu dalam jual beli. Haram hasil jualan nya. Hilang keberkatan
hidup.
Berdosa dengan
Tuhan, boleh taubat, boleh minta ampun .
Berdosa dengan
manusia ni payah Tuan Puan. Semoga cepat lah sedar dan sempat mengaku salah dan
minta maaf dengan pembeli.
Rasulullah mengingatkan para peniaga yang menipu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).
Macam mana nak maju kalau berniaga pun tipu. Tak berkat tau rezeki tu nanti!
0 Comments