Syarikat Malaysia secara terang-terangan jual kurma import dari Israel


Umpama tiada empati dan sensitiviti di atas pembunuhan rakyat Palestin, begitulah yang terjadi apabila syarikat dari Malaysia secara terang-terangan mengimport kurma keluaran negara haram Israel. 


Liputan daripada TV Hijrah melaporkan, kurma tersebut yang bernama Organic Jumbo Medjool Dates telah dijual secara terang-terangan di rak sebuah pasaraya yang menawarkan makanan organik yang terletak di Petaling Jaya.





Syarikat pengimport dan pengedar kurma tersebut dikenali sebagai MH Food, sebuah syarikat Sendirian Berhad dari Malaysia. Sebagaimana negara kita tidak mengiktiraf kewujudan negara haram Israel, sepatutnya pihak peniaga perlu sensitif dan peka akan hal ini. 





Video:



Meninjau ke ruang komen, ramai netizen berasa marah dan mempersoal bagaimana syarikat tersebut boleh mengedar kurma yang berasal daripada negara haram Israel?





Kredit: TV Hijrah



Post a Comment

0 Comments