"Trofi sebenar bukanlah anugerah yang kita menang tu" - Saiful Apek

"Trofi sebenar bukanlah anugerah yang kita menang tu" - Saiful Apek

 



Anugerah, penghargaan dan trofi sering menjadi keutamaan dan tumpuan artis, selebriti dan pempengaruh. Penghargaan ini juga sebagai satu penanda aras bagi kerjaya mereka.


Oleh kerana itu juga, seringkali dilihat riak wajah selebriti menangis sebak atas penghargaan yang diberikan. Dan ada juga yang berasa kecewa apabila tidak terpilih.


Bagaimanapun, menurut pelawak otai, Saiful Apek trofi atau penghargaan tersebut bukanlah pengukur segala-galanya. Kata-kata tersebut dinyatakan semasa sesi siaran langsung (live) bersama seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Acap.


Saiful Apek adalah ahli kumpulan Senario yang sangat  popular satu ketika dulu


Trofi yang banyak-banyak tu saya dah tahu dah kat kedai mana nak buat. Harga dia pun tak mahal RM39.90 je. Pilih je kategori apa yang nak. Tapi sebenarnya trofi yang sebenar bukan benda tu.


Itu simbolik je. Trofi yang sebenar ialah orang yang support kita, orang yang doakan kita, orang yang bercerita baik tentang kita. Dan bila salam tu tengok mata kita.


Itulah trofi kita yang sebenar-benarnya, katanya.


 Dalam pada itu, Saiful Apek turut menasihati masyarakat di luar sana tentang kejayaan dalam kehidupan.


Video:

@livestreamreposted "takde istilah kalah , kita menang atau kita belajar" 🔥 #acaps #saifulapek #fyp #fypage #foryourpagе #fypmalaysia #fypindonesia #livereposted #gacor #gacor ♬ original sound - livereposted




“Disebalik kejayaan, tersembunyi 99 kegagalan, jangan risau untuk gagal. Tak ada istilah kalah, kita menang atau kita belajar,” katanya.


Kredit: livereposted, the reporter


Post a Comment

0 Comments