(VIDEO) Hadiah hari jadi paling trauma dalam hidup

Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan kejadian pembunuhan tersebut yang berlaku pada Rabu lepas.



Seorang lelaki maut selepas ditembak di kepala ketika sedang menikmati makan malam bagi menyambut hari jadi teman wanitanya dalam kejadian di sebuah restoran dekat Paraná, Brazil pada Rabu lepas.


Kejadian mengejutkan itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.



Berdasarkan klip tersebut, lelaki berusia 26 tahun itu dilihat sedang duduk makan bersama kekasihnya di barisan meja paling luar premis terbabit.


Bagaimanapun, seorang individu dipercayai pembunuh upahan dengan berpakaian penutup kepala kemudiannya dilihat secara tiba-tiba meluru masuk ke kawasan pekarangan restoran dan menghampiri mangsa dari arah belakang.



Beberapa pelanggan yang makan di meja berdekatan didapati turut berada dalam ketakutan sambil cuba untuk menyelamatkan diri.



Suspek kemudiannya terus beredar daripada lokasi sebaik membunuh mangsa.



Dalam pada itu, wanita malang tersebut dilihat hanya mampu menghampiri dan memeluk mangsa yang dipercayai sudah maut dan terkulai duduk di atas kerusinya.



Difahamkan, motif pembunuhan mempunyai kaitan dengan kegiatan dadah memandangkan lelaki terbabit mempunyai rekod melakukan kesalahan menyeludup bahan terlarang berkenaan.



Kredit: Majoriti

Post a Comment

0 Comments