(VIDEO) Peniaga bazar melecur kenderaan rempuh gerai


JELEBU – Seorang peniaga bazar ramadan di Pekan Kuala Klawang, di sini, mengalami kecederaan melecur di badan selepas terkena minyak panas ketika berniaga, petang kelmarin.


Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden, Maslan Udin berkata, kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang diletakkan berhadapan dengan sebuah tapak gerai bazar ramadhan.


Menurutnya, kereta tersebut menggelongsor dan melanggar sebuah gerai dan akibat daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan kuali yang dipenuhi minyak panas tertumpah lalu terkena seorang peniaga.


“Peniaga tersebut mengalami kecederaan melecur pada tahap 25 peratus dibahagian belakang badan, peha dan betis kaki sebelah kiri. Ketika kejadian terdapat dua kanak-kanak berada dalam kenderaan tersebut tanpa pengawasan ibu bapa.


“Kes disiasat di bawah Peraturan 14(1)(A) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/59 (Kaedah 45) iaitu tidak mematikan enjin semasa meninggalkan kenderaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Video:


Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini untuk tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jelebu Sarjan Azani Jusoh di talian 016-9752980


Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Jelebu, LT PA Mohd Najib Abdul Karim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat dan mangsa berusia 40 tahun telah di bawa ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut. 

Kredit: KOSMO!

Post a Comment

0 Comments