(VIDEO) Shuib menangis Talita dah besar - "dah datang bulan dah dik"

(VIDEO) Shuib menangis Talita dah besar - "dah datang bulan dah dik"

 


Pelawak dan usahawan terkenal Shuib telah berkongsi sebuah momen yang mengharukan melihat anak gadisnya Talita atau nama penuhnya Dzakira Talita Zahra telah mengalami menstruasi iaitu haid. 


Shuib menangis ketika mendapat tahu Talita telah haid dan meriba Talita.


Talita dah besar, jaga diri baik-baik tau. Dari dulu lagi daddy tunggu, dulu abang, sekarang Talita pulak, katanya. 


Sambungnya, jaga diri baik-baik, adik dah besar dah, jadi anak solehah ya.


Meninjau di ruang komen ramai yanng turut  berasa sedih apatah lagi mengenangkan arwah Siti Sarah yang tidak dapat bersama-sama melihat anaknya yang semakin membesar. 








Video: 


Terdahulu, arwah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 dan meninggalkan 4 orang anak bersama Shuib iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.


Kredit: Shuib

Post a Comment

0 Comments