Walau setitis kegembiraan untuk kedua orang tua, pasti ia cium bau syurga - Zizan Razak hadiahkan kereta mewah buat ibu

 


KUALA LUMPUR : Pelawak dan pelakon, Zizan Razak dipuji ramai apabila dia menghadiahkan ibunya dengan sebuah kereta berjenama mewah kepada ibu kesayangannya, Anai Ibrahim.


Kejutan pemberian hadiah itu dikongsi abangnya, Hafiza Razak menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok semalam.


Perkara itu turut dikongsikan oleh Anai menerusi Instagramnya selain mengakui tidak tahu anaknya iytu mahu menghadiahkannya sebuah kereta idaman.


“Penjual buat-buat tanya ibu, ibu suka Mercedes ke? Lepas itu ajak tengok kereta baru kot kot berkenan, ialah nak tunggu berbuka kan.


“Apa salahnya tengok bukan kena bayar pun, tapi ibu masa ni langsung tak perasan apa-apa.



“Mungkin masa ni hati ibu berkata-kata wow bertuahnya orang ni dapat kereta yang ibu idamkan,” kongsinya.


Kongsi Anai, dia tiba-tiba menjadi terkejut dan sebak apabila jurujual mengumumkan namanya sebagai pemilik kereta berjenama mewah dalam esidi terhad itu.


“Masa ini pun sebak lagi, yela dapat kereta idaman, dah berjaya ibu miliki hadiah daripada Zizan Razak.


“Alhamdulillah adik, along bangga dengan adik, banyak tolong kami. Kami sayang awak, adikku,” tulisnya.


Zizan sebelum ini mendapat perhatian netizen selepas menghadiahkan sebuah motor berjenama Yamaha model Xmax 250 kepada abangnya tahun lalu.


Rata-rata netizen memuji sikap Zizan yang menghargai adik-beradik selain tidak lokek untuk berkongsi rezeki.

Post a Comment

0 Comments