Wanita ini kongsi keadaan jemaah wanita solat Taraweh - "Sejadah dia mahal, tak boleh terpijak bucu sejadah sedikitpun"

Wanita ini kongsi keadaan jemaah wanita solat Taraweh - "Sejadah dia mahal, tak boleh terpijak bucu sejadah sedikitpun"

 


Sudah 13 hari umat Islam telah menyambut bulan suci Ramadhan. Pastinya ibadah yang ditunggu-tunggu bukan sahaja berpuasa tetapi solat Taraweh pada malam hari. namun, kebelakangan ini tular pula sekeping gambar saf jemaah wanita yang tidak tersusun seperti yang dianjurkan dalam solat berjemaah. 


Dalam gambar tersebut, kelihatan saf jemaah wanita tidak penuh seperti jemaah lelaki. Sehingga kelihatan ruang kosong disetiap baris saf tersebut. Sedangkan nabi telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A:


وَلاَ تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ


Maksudnya: Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf Allah akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan dirinya.

Riwayat Abu Daud (666)


Hadis di atas ini melarang dari saf dibiarkan dalam keadaan kosong tanpa diisi. Kelebihan buat mereka yang menyambungkan saf dan memenuhkan ruang kosong adalah dia akan disambungkan dengan rahmat Allah. Manakala keburukan bagi mereka yang tidak merapatkan saf adalah terputusnya dia dari rahmat dan ‘inayah Allah S.W.T.


Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A menyebutkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ


Maksudnya: Luruskanlah saf-saf kamu, sesungguhnya lurusnya saf merupakan antara tanda kesempurnaan solat.

Riwayat Al-Bukhari (723)


Hadis di atas ini merupakan suatu tuntutan untuk meluruskan saf di dalam solat. Bahkan ia merupakan antara tanda lengkap dan tepatnya solat yang sedang didirikan. 


Namun, apa yang dikongsikan wanita tersebut cukup menggambarkan mengapa solat di saf wanita kebanyakannya tidak rapat dan penuh. 



Ingatlah tujuan ke masjid untuk bersolat Taraweh dan beribadah, bukan untuk menunjuk-nunjuk pakaian ibadah yang paling mahal dan paling cantik. Apatah lagi kita berasa geli dengan saudara seagama sehingga tidak membenarkan berkongsi sejadah. 


Bulan Ramadhan ini sama-sama kita sucikan hati dan dijauhi oleh sifat riak ketika beribadah. Semoga ibadah kita bernilai dan diterima di sisi-Nya.


Kredit: Jabatan mufti



Post a Comment

0 Comments