Seorang wartawan wanita Amerika Syarikat, Christine hill mendakwa dia telah menerima layanan yang teruk sewaktu berada di pusat bandar, Kuala Lumpur. Lebih teruk lagi, dia membuat tuduhan liar yang menyatakan wanita berkulit putih tidak akan selamat dan berpotensi dicabul untuk setiap dua minit jika berada di sini.
Tidak berhenti di situ, dia menambah lagi bahawa pengalaman sendiri tentang bagaimana sekitar 50 orang lelaki didakwa cuba merabanya dalam masa 30 minit ketika berjalan kaki dari Central Market ke Shangri-La di Kuala Lumpur, Malaysia.
Apabila warga netizen membidas kenyataan tidak berasas itu dan mempertahamkan Malaysia adalah negara yang selamat, dia masih berkeras dengan dakwaan itu.
“Maaf, tidak. Saya tinggal di sana
(di KL) selama 8 tahun dan sentiasa diganggu seperti wanita kulit putih yang
lain yang saya kenali. Saya akhirnya berpindah ke Singapura, dan sejak itu saya
mula membawa payung besar bersama dan memukul sesiapa sahaja yang memegang buah
dada saya.
“Berjalan dari Central Market ke
Shangri-La pada suatu hari – lalu lintas yang sangat teruk – saya memukul
kira-kira lelaki, semuanya melayu, mereka cuba mencapai payudara saya.
“Ketika itulah saya sedar perlu
bergerak. Saya membawa ini kepada pemimpin politik paling kanan, mengatakan ia
adalah PR yang buruk untuk bandar. Mereka yang berpangkat hanya ketawa. Didakwa
ia bukanlah rogol tetapi hanya serangan seksual. Negara yang baik sudah pasti
akan mendakwa kes tersebut,” kata Christine lagi.
Perkongsian wanita Amerika itu
sememangnya menjadi perbincangan hangat yang mana netizen lokal mendakwa ia
sesuatu yang tidak realistik dan tidak berasas.
Saya sudah tinggal di Kuala Lumpur selama 30 tahun dan tidak pernah lagi menghadapi situasi sebegitu atau membaca/mendengar berita tentang wanita yang diraba buah dadanya setiap dua minit, kongsi seorang wanita tempatan.
Ko bodoh ke? Ko pikir orang tak de keje nak raba tetek ko setiap dua minit??,luah seorang pengguna X tempatan yang cukup marah dengan kenyataan tidak berasas itu.
Saya tidak pernah dengan sesiapa berkata sebegitu tentang Kuala Lumpur. Saya tidak pernah ada sebarang isu, berjalan seorang diri sebagai seorang wanita berkulit putih termasuk kenalan saya, kongsi seorang wanita Netherlands yang pernah melawati Malaysia sebelum ini.
Ini benar-benar satu pembohongan. Saya telah tinggal di sini selama 9 tahun dan tidak pernah menyaksikan perkara tersebut, ujar seorang warga Afrika di ciapan tersebut.
Malah, ramai juga pelancong dan
pekerja dari luar negara yang turut membidas kenyataan wanita itu dan berkongsi
pengalaman mereka sendiri ketika berada di sini yang mana terbukti memang
selamat. Ramai juga yang meminta wanita terbabit untuk mengemukakan bukti yang
kukuh sebelum melempark tuduhan melampau itu.
Kredit: MYKMU.net
0 Comments