Azira Shafinaz tampil memberikan komen tentang lagu Alamak Raya Lagi yang mengundang kritikan daripada beberapa pihak.
Lagu raya berjudul Alamak Raya Lagi menjadi fenomena di platform media sosial terutama sekali di TikTok.
Di sebalik kemasyhuran yang dicapai, ada sesetengah pihak menuduh lagu tersebut dilihat menggambarkan bahawa ianya merujuk kepada perasaan tidak gembira untuk beraya.
Azira Shafinaz yang merupakan anggota De Fam menegaskan bahawa lagu Alamak Raya Lagi sama sekali tidak berunsurkan negatif atau tidak gembira dengan kehadiran Hari Raya.
Sebaliknya lagu itu diinspirasikan daripada Hari Raya pada tahun 2022, di mana ramai yang kelam kabut selepas pengumuman raya dibuat.
Dipetik daripada laman Beautifulnara, Azira berkata: “Ramai tak tahu, sebenarnya lagu ini dah siap setahun lalu dan kami mahu keluarkan pada tahun 2023. Tapi disebabkan beberapa masalah, kami terpaksa tangguhkan ke tahun ini.
“Ada yang anggap perkataan ‘alamak’ itu untuk gambarkan suasana hari raya. Kami tak ada niat pun untuk mengatakan yang kami tak gembira untuk menyambut hari raya. Saya rasa ramai yang salah tafsir lagu itu.
“Lagu ini inspirasinya raya terkejut 2022 sebab tu nak keluarkan pada tahun 2023. Kalau tengok lirik tu semua jadi huru-hara, apa yang berlaku semasa raya terkejut tahun itu.
“Ini adalah situasi di mana semua orang boleh kaitkan, memang indahnya raya tapi dalam masa yang sama ada momen hiccup. Alamak tak jadi itu, alamak tak jadi ini, contohnya begitu.”
Akhir sekali Azira Shafinaz menyatakan bahawa mereka hanya mahu memeriahkan Hari Raya dengan lagu yang catchy itu. Lantas dia meminta orang ramai agar tidak terlalu memikirkan makna lagu itu terlampau mendalam.
Kredit: Vocket
0 Comments