DBKL robohkan gerai warga asing di Chowkit tapi ditawarkan penempatan baharu - Biar betul, perlu ke?

DBKL robohkan gerai warga asing di Chowkit tapi ditawarkan penempatan baharu - Biar betul, perlu ke?




Tak dinafikan, masih ada lagi lokasi yang menjadi tumpuan koloni warga asing berniaga tanpa lesen sah di sekitar Kuala Lumpur.


Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak merobohkan gerai di Jalan Lorong Muhibbah berhampiran Pasar Chow Kit.


Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna X, memperlihatkan suasana di sekitar Pasar Chow Kit selepas proses pembersihan dilakukan.


Lokasi pasar itu difahamkan turut menjadi tumpuan peniaga dan penjaja warga asing khususnya dari Indonesia.


Tindakan pihak penguatkuasa ini juga turut mendapat pujian daripada netizen, rata-rata kagum dengan usaha yang dibuat dalam memastikan kawasan tersebut bebas daripada peniaga warga asing.


Malah, netizen turut memuji kecekapan menteri berkaitan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam melaksanakan tanggungjawabnya.


Melihat lokasi terbabit dibersihkan, netizen berasa lega apabila kawasan itu sudah menjadi lapang dan tidak sesak seperti dulu.


Menurut sumber, DBKL menjelaskan operasi roboh gerai Lorong Muhibbah dibuat bagi membina laluan masuk ke tapak projek pembangunan baharu Chow Kit Fasa Tiga.


Difahamkan, kesemua 66 penjaja terbabit sudah menerima notis dan ditawarkan penempatan baharu iaitu di Kompleks Jalan Raja Bot, Chow Kit.


Namun, netizen berasa hairan mengapa kerajaan perlu menawarkan penempatan baru kepada peniaga warga asing yang berniaga tanpa lesen sebelum ini? 


Sumber: XGetaran

Post a Comment

0 Comments