PELAKON Datuk Fauziah Nawi terpaksa menolak tajaan
mengerjakan umrah di Makkah yang ditawarkan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti
Nurhaliza atas sebab urusan kerja.
Kata Fauziah, 71, dia bersyukur
dengan tawaran diterima namun terpaksa mengutamakan tugas yang telah
dipersetujui lebih awal.
Fauziah membuat perkongsian itu di Facebook pada Sabtu.
"Saya menolak dengan rendah diri kerana saya sudah ada perjanjian
tugas yang telah saya persetujui.
"Syukur sangat dan amat
terharu akan mesej ini, moga Allah merahmati dan melipat gandakan rezeki Datuk
Seri Siti suami isteri serta sekeluarga," katanya.
Fauziah membuat perkongsian itu
menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Sabtu.
Pelakon veteran itu berkongsi
mesej yang diterima daripada wakil Yayasan Nurjiwa yang diuruskan oleh Siti dan
suami, Datuk Seri Khalid Jiwa.
Pihak yayasan tersebut memaklumkan tarikh keberangkatan ke Tanah Suci Makkah pada 27 April sehingga 6 Mei 2024.
0 Comments