Tonton Episod 1 di bawah
Slot DramaVaganza
memperkenalkan drama terbaru, "Khun:sa (Che Kun : Che Nisa)" sebagai
pengganti kepada siri sebelumnya, "Si Jantung Hati".
Drama ini menyertai barisan program menarik yang menemani penonton sepanjang bulan Ramadan, di rangkaian televisyen swasta, Astro.
Sinopsis
Diinspirasikan daripada kisah benar, siri ini berlatarkan tiga era, bermula dari tahun 1970-an hingga 1990-an, merungkai sifat dan dilema yang dihadapi oleh golongan khunsa, suatu realiti yang ramai tidak memahaminya.
Khunsa mengisahkan tentang kelahiran seorang bayi di sebuah kampung di Kelantan berdekatan sempadan Thai. Bayi ini diberi nama Khairunisa atau lebih dikenali sebagai Che Khun. Keputusan takdir membawa kepada fakta yang mencengangkan, Che Khun dilahirkan dengan dua alat kelamin.
Kehadiran Che Khun
sebagai khunsa memberi kesan mendalam pada emosi bapanya, Wan Jusoh, yang
sangat mengharapkan seorang anak lelaki. Peristiwa ini malah dianggap membawa
bala apabila isteri Wan Jusoh, Che Munah, meninggal dunia selepas
melahirkannya.
Dengan ketegasan, Wan
Jusoh memaksa dan membesarkan Che Khun sebagai seorang lelaki. Dia nekad
menjalankan pembedahan di Siam untuk mengubah jantina anaknya.
Ketidakmampuan seorang
bapa menerima hakikat anaknya sebagai khunsa menjerumuskan Che Khun ke dalam
penderitaan dan kepiluan. Che Khun terpaksa menyesuaikan diri dengan kehendak
bapanya yang menginginkan seorang anak lelaki, padahal nalurinya ke arah perempuan.
Seiring dengan
membesarnya Che Khun, kecenderungan kepada sifat wanita semakin ketara,
menyebabkan kemarahan Wan Jusoh. Kehadiran Zaiton, ibu tiri mereka, turut
memberikan tekanan yang hebat, menjadikan kehidupan Che Khun penuh dengan
rintangan akibat kesilapan bapanya, yang membuat keputusan tentang jantinanya
tanpa pemikiran yang matang.
Apa Itu Khunsa ?
Maksud Khunsa merujuk kepada individu yang lahir dengan dua jenis kelamin, iaitu lelaki dan perempuan.
Drama ini dibangunkan daripada idea asal, bukanlah adaptasi daripada sebarang drama atau novel yang sedia ada. |
Pelakon
/ Cast
Khunsa menampilkan wajah-wajah baru yang mencipta nama dalam industri ini, sementara turut membabitkan pelakon-pelakon berpengalaman yang telah mengukuhkan kedudukan mereka, iaitu Azhan Rani, Sherry Alhadad, Kael Noah, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Mhia Firdaus dan Amalina Arham.
Drama ini juga
melibatkan pelakon-pelakon pembantu yang memberikan kepelbagaian dalam
perwatakan mereka, antaranya Aedy Ashraf, Fauzi Nawawi, Laila Nasir, Zarina
Zainoordin, Elly Arifin, Farah Nadiah, Hauwa Jamalullail dan ramai lagi.
Watak
Pelakon
Azhan Rani sebagai Wan
Jusoh
Sherry Alhadad sebagai
Zaiton
Kael Noah (Mikael
Noah) sebagai Che Khun (7 tahun)
Mhia Firdaus sebagai
Che Khun (14 tahun)
Amalina Arham sebagai
Che Khun (21 tahun)
Nadia Aqilah sebagai
Che Khun (35 tahun)
Farah Ahmad sebagai
Che Khun (50 tahun)
Ezu Hashim sebagai
Tuyah
Zarif Ghazzi sebagai
Naem
Megat Sharizal sebagai
Ezad
Laila Nasir sebagai
Long Hawa
Zarina Zainoordin
sebagai Sarimah
Aedy Ashraf sebagai
Bakri (21 tahun)
Fauzi Nawawi sebagai
Bakri (50 tahun)
Muhsin Nadzli sebagai
Bakri (14 tahun)
Rafique sebagai Bakri
(7 tahun)
Khaled sebagai Azlan
(14 tahun)
Zam Azmi sebagai Shah
Shafiq @Aboh sebagai
Azlan (50 tahun)
Jeri Jamalullail
sebagai Long Hassan
Puteri Qaseh sebagai
Che Timah (10 tahun)
Puteri Jannah sebagai
Che Timah (17 tahun)
Ayu Ayuni sebagai Che
Timah (24 tahun)
Salsa Cella sebagai
Che Midah (8 tahun)
Farah Nadiah sebagai
Che Midah (15 tahun)
Zizi Hazirah sebagai
Che Midah (23 tahun)
Elly Ariffin sebagai
Che Midah (30 tahun)
Haura Jamalullail
sebagai Che Ani (7 tahun)
Kikyhannah sebagai Che
Ani (14 tahun)
Dina Allysha sebagai
Che Ani (20 tahun)
Pengarah
Dan Syarikat Produksi
Diterbitkan oleh
Radius One Sdn Bhd, hasil karya dibentuk di bawah bimbingan Shahrulezad
Mohameddin (Budak Ijat) yang berperanan sebagai pengarah dan penulis skrip.
Lagu
Tema (OST)
Tajuk: Perayu
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer: Amylea
Azizan
Penulis lirik: Amylea
Azizan
Tajuk: Kertas
Penyanyi: Noryn Aziz
Komposer: Amylea
Azizan
Penulis lirik: Amylea
Azizan
Waktu
Siaran
Dalam rangkaian 28
episod, Khunsa akan memenuhi ruang waktu siaran slot Drama Vaganza di Astro Ria
(saluran 104) mulai 11 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 9
malam.
Penonton juga
berpeluang menikmati rancangan ini menerusi layar digital pilihan
masing-masing, sama ada menerusi aplikasi penstriman Astro Go atau Sooka dan
juga boleh diakses secara On Demand di Astro Box.
Tajuk cerita? Khunsa
Berapa episod? 28
episod
Setiap hari apa? Isnin
hingga Khamis
Bila tayang? Jam 9
malam
Terus tonton episod 1 klik sini
0 Comments