Pasir Gudang: Kilang memproses minyak sawit di kawasan perindustrian Pasir Gudang, di sini, musnah kira-kira 40 peratus dalam kebakaran, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.19 pagi.
Beliau berkata, sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan Johor Jaya ke lokasi kejadian.
"Kebakaran di tingkat dua bangunan jenis struktur kekal berkeluasan 100x100 kaki mengakibatkan kemusnahan 40 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, operasi pemadaman mengambil empat jam dan tamat sepenuhnya pada 12. 29 tengah hari.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya.
Sumber: Harian Metro
0 Comments