“Kita saling mendoakan” – Sedang Diuji, Irma Hasmie Kongsi Kata-Kata Semangat

“Kita saling mendoakan” – Sedang Diuji, Irma Hasmie Kongsi Kata-Kata Semangat

 



Tindakan suami pelakon dan personaliti TV, Irma Hasmie berkongsi berita telah berkahwin baru semalam mengundang pelbagai persoalan daripada netizen.


Rata-rata tertanya-tanya status Irma Hasmie sama ada masih bergelar isteri atau pun telah berpisah dengan Redza Syah Azmeer.


Dalam masa yang sama, pengikut media sosial Irma tampil memberikan kata-kata semangat buat pelakon filem Cinta Fotokopi itu.





Terbaru, Irma ada berkongsi kata-kata nasihat daripada Habib Umar bin Hafidz di ruangan Instagram Story miliknya.


Habib Umar memberi nasihat supaya seseorang tidak menghitung berapa kali telah disakiti, sebaliknya hitunglah berapa kali seseorang menyakiti Allah SWT.


Namun, Allah SWT tidak pernah sekali pun meninggalkan hambaNya.


Kredit: Instagram Irma Hasmie

Post a Comment

0 Comments