“Kuatnya Kasih Sayang Antara Kami, Lillahi Taala” – Keluarga Kembali Bersatu, Netizen Puji Abby Abadi

“Kuatnya Kasih Sayang Antara Kami, Lillahi Taala” – Keluarga Kembali Bersatu, Netizen Puji Abby Abadi

 




Konflik keluarga bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi nampaknya sudah selesai apabila mereka dilihat berkumpul seperti biasa.


Sebelum ini, berlaku ketegangan di antara Abby dan bekas suaminya, Norman Hakim yang dikatakan lepas tangan dalam isu perkahwinan Marissa Dania.


Dalam satu hantaran di Instagram, Abby berkongsi momen bersama Memey dan anak-anak perempuannya yang dilihat sangat bahagia.


Pelakon ini positif mempercayai bahawa esok hari lebih baik buat semua orang termasuk anak-anak.


Rata-rata netizen memuji sikap terbuka selebriti ini dalam memaafkan apa yang sudah berlaku dan move on.



“Meriah nau sampai tak tahu nak edit video macam mana. Masuk yang ni dululah. Tanda kuatnya kasih sayang antara kami. Lillahi Taala” – Abby Abadi


Ada netizen bertanyakan tips atau amalan untuk menjadi baik hati seperti Abby Abadi. Menurut mereka, sikap aktres ini ‘another level’ dan wajar dijadikan contoh dalam menjaga silaturahim antara keluarga.


“Suka tengok keluarga orang lain berbaik macam ni, tapi keluarga aku sendiri buat hal masing-masing. Siapa balik kampung siapa tak balik raya pun tak ada yang peduli tanya khabar.” – netizen


Alhamdulilah, diharapkan konflik yang dihadapi Marissa bersama madu juga selesai dengan cara baik. Kalau masing-masing boleh bertolak ansur macam ni confirm bahagia kan?

Sumber:Oh Media

Post a Comment

0 Comments