Pelajar sekolah rendah terpaksa tahan sakit kaki tersepit besi longkang

Pelajar sekolah rendah terpaksa tahan sakit kaki tersepit besi longkang


BINTULU- Seorang pelajar sekolah rendah di sini terpaksa menahan kesakitan apabila kakinya tersepit pada besi penutup longkang di jalan Kampung Baru, Masjid Darul Salam tengah hari tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 12.50 tengah hari dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi yang berjarak 11 kilometer dari balai.


"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki pelajar sekolah sekolah rendah di situ telah terjatuh di penutup longkang.


"Ini menyebabkan kaki mangsa tersepit besi penutup longkang," katanya dalam kenyataan hari ini.





Berikutan itu, katanya, bomba bertindak menggunakan peralatan pemotong MacGyver bagi memotong besi tersebut sehingga berjaya.


Tambahnya, setelah keadaan benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.


Kredit: Borneo Network 

Post a Comment

0 Comments