JAKARTA – Seorang pelanggan mengamuk dan membunuh pemilik kedai pakaian Butik Aurel Mode di Indonesia hanya kerana ditegur seliparnya kotor, lapor portal berita Berita DIY.
Kejadian berlaku pada 1 April lalu di Tangerang, wilayah Banten.
Mangsa dilaporkan mengemop lantai ketika suspek masuk ke dalam butik dengan memakai selipar.
Dia kemudian menegur suspek berhubung seliparnya yang kotor.
Disebabkan enggan menerima teguran, suspek mengeluarkan kata-kata kesat dan mereka mula bertengkar.
Suspek kemudian mengambil pedang dari keretanya dan melibas ke perut mangsa.
Ketika suspek ingin melarikan diri, keretanya dirosakkan oleh orang ramai yang menendang tingkap serta membaling batu ke arahnya.
Dia menyerah diri kepada polis selepas melarikan diri ke kawasan Jatiuwung, Kota Tangerang.
Kredit: Kosmo
0 Comments