KUALA LUMPUR: Pelakon Lana Nodin, 45, disahkan mengalami jangkitan kuman pada usus yang mungkin berpunca daripada keracunan makanan.
Lana memaklumkan keadaan kesihatannya melalui hantaran Instagram (IG), petang tadi.
Pelakon filem Remp-it itu memberitahu, dia sakit perut sejak empat hari lalu dan keadaan bertambah buruk, pagi tadi.
"Doktor sahkan saya alami jangkitan kuman pada usus. Itu yang menyebabkan usus saya membengkak. Mungkin disebabkan itulah saya sakit perut sejak empat hari lalu. Pagi tadi saya sudah tidak tahan sangat dan minta dibawa ke hospital.
"Doktor beritahu jangkitan mungkin berpunca daripada tersalah makan atau keracunan makanan. Saya diberi antibiotik.
"Saya mohon maaf pada semua orang yang menghubungi. Saya tak larat menjawab panggilan anda kerana keadaan yang sakit ketika itu," katanya.
Lana memohon doa agar cepat sembuh dan dapat pulang ke pangkuan anak-anak.
"Terima kasih kepada rakan artis yang bertanya khabar," katanya.
Terdahulu, pengurus Lana iaitu Jamal Salleh dilapor terkejut apabila dihubungi pelakon itu yang menangis menahan kesakitan dan meminta supaya dibawa ke hospital, pagi tadi.
Kredit: Berita Harian
0 Comments