Kumpulan Cenderawasih merupakan sebuah kumpulan penyanyi adik beradik yang ditubuhkan pada tahun 1981 di Malaysia. Ia dianggotai oleh Helen Savari dan Irene Savaree.
Kumpulan adik-beradik perempuan ini boleh dikatakan antara kumpulan bukan Melayu yang berjaya meraih populariti tinggi melalui rakaman lagu-lagu yang memikat hati.
Antaranya lagu Deritamu Deritaku yang dipetik daripada album pertama yang dirakamkan pada tahun 1984 yang memang menjadi kegemaran peminat seni ketika itu.
Kumpulan Cenderawasih bernaung di bawah kontrak selama tiga tahun bersama syarikat rakaman EMI pada masa itu. Itulah langkah awal pembabitan seni Irene dan Helen di persada seni.
Mereka kemudian mencipta nama melalui lagu Deritamu Deritaku yang dipetik daripada album pertama mereka yang dirakamkan pada tahun 1984.
Mereka telah menghasilkan tiga album Cenderawasih Volume 1 - Sepanjang Perjalanan Ini (1984), Cenderawasih Volume 2 (1985) dan Cenderawasih Vol 3 (1986) yang sangat berjaya.
Selepas menamatkan pendidikan muzik mereka di Berklee College of Music di Boston, kumpulan itu dibubarkan dan adik-beradik itu pergi jalan berasingan mereka.
Namun ramai yang tidak menyangka lagu "Bersama Di hari Raya" adalah nyanyian adik -beradik berbangsa India ini. Lagu ini sentiasa digemari sehingga ke hari ini dan termasuk dalam senarai lagu "lejen" ketika sambutan Hari Raya.
Ramai netizen terkejut apabila melihat klip video sebenar yang memaparkan Helen dan Irene mendendangkan lagu Raya tersebut.
Video lagu Bersama Di Hari Raya - Cenderawasih:
Netizen juga meluahkan rasa kagum tentang perpaduan yang erat dan kukuh pada waktu dulu, sehingga tidak kekok untuk menyanyikan lagu bangsa lain.
Kini, Irene membentuk kolej muzik di Kuala Lumpur yang dipanggil ICOM, sementara kakaknya Helen berpindah ke Switzerland bersama suaminya di mana mereka menganjurkan acara muzik dan pemuda - Jazzaar Festival.
0 Comments