![]() |
Aeril anggap Wawa dah cukup sempurna di matanya |
Pelakon dan
usahawan Aeril Zafrel menyifatkan isterinya Wawa Zainal sebagai wanita sempurna
di matanya.
Kata Aeril atau Suhairil Sunari, 36, dia
bersyukur dikurniakan teman hidup seperti Wawa dan tidak akan sesekali
merosakkan kebahagiaan mereka dengan berlaku curang.
Jika terdapat unsur-unsur tidak baik datang kepadanya, Aeril
memberitahu dia sentiasa akan membayangkan isteri dan anak-anak mereka sebelum
melakukan sesuatu.
![]() |
Aeril akan sentiasa fikir anak-anak jika ada bisikan jahat |
"Wawa sudah cukup cantik di mata saya.
Saya tak pernah ada niat untuk ada ornag ketiga dalam hidup saya.
"Kalau ada ‘bisikan’ tidak baik saya akan
ingat pada isteri dan anak-anak.
"Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang
ketiga, saya tak boleh jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah
kita nak tahu kan?
"Cumanya kalau kita tak melayan, perkara itu tak akan terjadi," katanya.
Aeril menjawab perkara itu ketika ditemui
sewaktu majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya yang diadakan di Wawa
Cosmteics HQ, Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aeril tidak mahu menghancurkan
kebahagiaan yang dibina kerana percaya kifarah itu wujud.
Katanya, jika sekali sudah terbabit dalam
sesuatu perkara tidak baik, pastinya sukar untuk berpatah balik dan jika ingin
menyesal juga sudah tidak berguna.
"Saya percaya kalau kita buat perkara
tidak baik seperti curang, pasti ada karma. Ketika itu susah nak patah balik
malah kepercayaan isteri juga akan hilang.
![]() |
Di rumah terbuka Wawa Nostalgia Raya |
"Saya tak mahu rosakkan apa yang sudah
dibina. Saya yakin, Wawa pun akan buat perkara sama memandangkan dia seorang
yang setia.
"Pada saya jangan pernah ada niat untuk
buat sesuatu yang kita sendiri pun tak boleh kawal," jelasnya.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah
tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan selama 11 tahun mereka
dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla
Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.
0 Comments