TINDAKAN pelakon
Aiman Hakim Ridza berkongsi foto bercium bersama isteri iaitu Zahirah MacWilson
mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Ramai berpandangan foto mesra tersebut bukan
satu kesalahan tapi ia tidak sepatutnya dipaparkan kepada umum.
Ada di antara mereka juga bimbang jika ada
pihak tertentu akan berasa 'panas' melihat aksi mesra mereka dan akan 'meroyan'
di media sosial.
![]() |
Aiman
dan Zahirah ambil angin di ladang. |
"Gambar terakhir itu boleh padam kalau
tidak mahu tambah dosa.
"Ada orang akan meroyan kalau tengok
gambar itu. Ada yang 'panas' tapi bukan api.
"Jaga-jaga ada yang memerhati,
mentang-mentang dah tak duduk Malaysia," komen netizen.
Menerusi hantaran di Instagram, Aiman, 35,
berkongsi foto mesranya bersama Zahirah dan anak sulung mereka ketika melawat
ke sebuah ladang di Australia.
Bagiamanapun, foto terakhir yang dimuat naik
memaparkan mereka saling bercium di ladang berkenaan.
Difahamkan ia sebagai tanda kenangan mereka
bertiga sebelum Zahirah melahirkan anak kedua tidak lama lagi.
![]() |
Antara
komen netizen yang ditingglkan di Instagram Aiman. |
"Detik terakhir tiga bersama,"
tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, Aiman dan Zahirah atau Nur
Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, mengumumkan bakal menimang cahaya mata
perempuan dalam sebuah majlis gender reveal.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan
rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu
Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.
0 Comments