Norreen
menunjukkan kesan luka pada kaki anaknya.
Pelakon yang juga personaliti media sosial Norreen
Iman meluahkan rasa bengang apabila mengetahui anak sulungnya menjadi mangsa
buli di sekolah.
Menurut Norreen, 30, perbuatan
buli itu sudah berulang kali berlaku terhadap anaknya iaitu Ellen yang kini
berusia sembilan tahun.
Malah, dia juga pernah berjumpa
dengan pihak sekolah sebelum ini bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Ellen mengadu demam selepas pulang sekolah.
"Berkali-kali dan kena sepak,
tolak dan ini kaki dah luka. Sampai dia cakap tak selesa makan di sekolah.
"Bukan tak pernah datang
sekolah, cuma ikut undang-undang dan biar cikgu disiplin yang selesaikan,"
katanya.
Norreen berkongsi luahan tersebut
di Instagram miliknya termasuk keadaan terkini Ellen yang secara tiba-tiba
kurang sihat selepas pulang ke sekolah pada Selasa.
Pelakon itu turut menunjukkan
kesan luka pada bahagian kaki anaknya itu dipercayai akibat perbuatan buli
pelajar lelaki di sekolah sama.
"Balik sekolah badan terus
tak sihat. Siapa tak naik angin? Dah la anak aku ini sejenis yang happy go
lucky," ujarnya.
Lebih teruk lagi Ellen turut
mengadu pelajar berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya
meskipun sekolah swasta berkenaan merupakan aliran agama.
Norreen harap kejadian buli tidak berlaku di sekolah.
Sementara itu, dalam salah satu
video lain di Instastory, Norreen memberitahu dia mahu bersemuka dengan pihak
sekolah selain merancang memindahkan anaknya ke sekolah lain.
Dalam pada itu, pelakon ini turut
menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak supaya kejadian sama
tidak berlaku.
"Periksalah anak-anak anda di
sekolah. Minta perkembangan dari cikgu," luahnya.
0 Comments