Anggota TLDM cedera dibelasah penyokong bola sepak PASKAL

 


LUMUT – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) ekoran salah faham dalam satu perlawanan bola sepak di Stadium TLDM Lumut pada Isnin lalu.


Mangsa berusia 26 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala, leher kiri dan rusuk kanan dan telah menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan TLDM Lumut.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 malam ketika mangsa sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Markas Pangkalan TLDM dengan pasukan PASKAL.


“Secara tiba-tiba pihak penyokong pasukan PASKAL telah memukul pengadu beramai-ramai kerana tidak berpuas hati dan menuduh mangsa ada menunjukkan isyarat jari tengah kepada mereka.


“Pengadu mengatakan dia tidak ada membuat isyarat itu kepada penyokong pasukan lawan,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 12.53 tengah hari kelmarin dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 Kanun Keseksaan.


Kredit: Kosmo

Post a Comment

0 Comments