Apa yang saya boleh katakan keadaan Faisal Halim sangat menyedihkan - Datuk Hamidin

Apa yang saya boleh katakan keadaan Faisal Halim sangat menyedihkan - Datuk Hamidin


Serangan asid atau penyimbahan asid adalah bentuk serangan ganas melibatkan tindakan membuang asid atau bahan yang sama menghakis ke badan yang lain dengan hasrat untuk membalas dendam, menyeksa atau membunuh.


Terbaru pemain bola sepak negara iaitu Faisal Halim telah disimbah asid lewat petang tadi, tindakan dua suspek menaiki motosikal datang menyimbah asid kepada Faisal Halim dikhuatiri akan merosakkan tisu kulit, dan merapuhkan tulang.


Kebiasaan asid jenis sulfurik dan nitrik digunakan dalam serangan, ada juga asid jenis hidroklorik tetapi kurang merosakkan, dan ada juga menggunakan larutan soda kaustik untuk menjadikan asid lebih kuat.


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, melawat pemain sayap negara, Faisal Halim, yang cedera disimbah asid oleh dua individu di Damansara petang tadi.


Menurutnya, keadaan Faisal agak menyedihkan dan mengalami kecederaan di tangan kiri, rusuk dan bahu gara-gara kejadian itu.

"Keadaan Faisal Halim agak menyedihkan. Bahagian kaki tiada masalah, cuma bahagian tangan kiri, rusuk dan bahu tercedera kena simbahan asid," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"Sudah tentu dia dalam keadaan sedih, dia berjiwa kental. Yang pentingnya saya katakan kepada dia, lupakan seketika bola sepak untuk pastikan dia cepat sembuh dalam tempoh beberapa bulan akan datang."

Post a Comment

0 Comments