NEW DELHI – Seorang bapa meraikan anak perempuannya kembali ke rumah mereka di Kanpur, negeri Uttar Pradesh dengan penuh gembira, lapor portal berita News X kelmarin.
Dia sungguh gembira kerana wanita itu bercerai dengan suaminya baru-baru ini.
Anil Kumar berkata, anak perempuannya dihantar pulang ke rumah selepas perceraian itu disahkan.
Anak perempuan Anil bernama Urvi, 36, merupakan seorang jurutera di Lapangan Terbang Palam, New Delhi. Dia telah berkahwin dengan seorang jurutera komputer pada 2016.
Pasangan itu tinggal di Delhi dan mempunyai seorang anak perempuan, namun terdapat tuduhan mentua Urvi mengganggunya kerana masalah hantaran perkahwinan.
Masalah itu menyebabkan wanita itu memfailkan perceraian dan mahkamah kemudian membenarkan Urvi bercerai.
“Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan hubungan kami selepas diseksa, dipukul dan diejek selama lapan tahun. Namun, ia akhirnya putus (perkahwinan hancur),” ujar wanita berkenaan.
Anil berkata, dia mengupah sebuah kumpulan muzik gendang untuk meraikan anak perempuannya kembali ke rumah selepas bercerai.
Kredit: Kosmo
0 Comments