GEORGE TOWN -
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut
selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 di sebuah hotel di Tanjung Bungah,
dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk
Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian
akibat kecederaan parah di seluruh badan.
Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian
yang berlaku pada jam 3.35 petang itu.
"Mangsa dikatakan baru
mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya yang berusia 24
tahun pada semalam.
"Dia bagaimanapun ditemui
orang awam dalam keadaan tertiarap dengan berlumuran darah di tingkat bawah
hotel berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Khamis.
Hamzah menambah, siasatan awal
mendapati teman lelaki mangsa hanya menyedari kejadian tersebut selepas
ternampak orang awam mengerumun mangsa di bawah hotel berkenaan.
"Kita sedang menyiasat
teman lelaki mangsa yang bekerja sendiri untuk membantu siasatan.
"Setakat ini, kita
klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Kredit: Sinar
0 Comments