Bekas pengacara Majalah 3 meninggal dunia

Bekas pengacara Majalah 3 meninggal dunia

 


KUALA LUMPUR: Bekas pengacara rancangan dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin, 58, meninggal dunia jam 11 malam tadi di Hospital Slim River, Perak.

 

Berita sedih itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Luqman Sidek, 28.

 

"Saya dapat berita ayah saya jatuh terlentang di rumah nenek saya di Kampung Lubuk Salak, Tanjung Malim, pada jam 6 petang.

 

"Selepas itu ayah saya dibawa ke Hospital Slim River, ayah sebelum ini menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat.

 

"Selepas pegawai perubatan membuat pemeriksaan, arwah disahkan sudah tidak bernafas lagi pada jam 11 malam," katanya ketika ditemui BH Online di Hospital Slim River.

 

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cabang Lima, Tanjung Malim jam 10.30 pagi ini.

 

Untuk info, Abdullah Sidek sudah tiga bulan menderita penyakit kanser limfoma selain sudah tidak aktif di televisyen sejak lapan tahun lalu.

 

Beliau meninggalkan seorang isteri, Khairana Sabtu dan lima anak.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments