Kak KM bangga
dengan pencapaian anaknya dalam SPM.
Perkongsian video usahawan sensasi Kak KM menemani anak
lelakinya mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada pagi Isnin
menarik perhatian ramai.
Dalam rakaman video itu, Kak KM
atau nama sebenarnya Liana Rosli dilihat terlalu gembira sehingga menitiskan air
mata ketika menerima keputusan berkenaan.
Kata Kak KM, dia bersyukur kerana
anaknya iaitu Mohd Faris menerima keputusan cemerlang iaitu memperoleh 6A.
Kak KM berkongsi momen tersebut di Instagram miliknya.
Walaupun tidak memperoleh semua A,
Kak KM tetap berbangga dan keputusan berkenaan sudah pun memadai.
"Alhamdulillah, syukur dia
memang anak yang bijak. Tak sangka dia berjaya dapat 6A.
"Saya lega sangat walaupun tak dapat semua A tapi itu pun dah cukup bagi saya," katanya ketika dihubungi.
"Faris memang betul-betul
belajar hari-hari, sampai tak tidur malam. Kami pun buat solat hajat hari-hari
untuk dia.
"Dia satu-satu anak lelaki
saya. Saya pun selalu cakap yang dia adalah harapan saya, itulah yang buat dia
tertekan," ujarnya.
Untuk info, seramai 395,870 calon
SPM 2023 menerima keputusan masing-masing pada Isnin.
Jumlah tersebut melibatkan kesemua
calon yang telah menduduki peperiksaan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh
negara sebelum ini.
0 Comments