Bertahun-Tahun Menang Hadiah Lumayan, Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Terbaik Untuk Sertai Peraduan

Bertahun-Tahun Menang Hadiah Lumayan, Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Terbaik Untuk Sertai Peraduan


Bila sebut peraduan, ada di antara kita yang mengganggap ia sebagai satu penipuan atau pun merasa diri ini tidak cukup “bertuah”. Namun, berbeza buat sesetengah insan terpilih apabila mampu memenangi pelbagai hadiah menarik dari peraduan.


Ini yang terjadi pada seorang insan bernama Mohd Amin yang mana dia telah berkongsi sejumlah gambar momen-momen memenangi hadiah utama daripada peraduan sejak beberapa tahun lalu.




Selain memenangi wang berjumlah puluhan ribu ringgit, dia turut berkongsi mendapat perkakasan mahal, percutian ke luar negara dan paling baru adalah sebuah kereta X70 menerusi peraduan Proton.


Malah, dia berkata kereta X70 yang dimenangi menerusi peraduan itu adalah hadiah paling best dan masih digunakan sehingga kini. Sementara hadiah gajet lain telah pun dijual atau diberikan kepada adik beradiknya lain.




Dalam pada itu, dia turut mendedahkan masih giat aktif di dalam hobi dunia peraduan atau pertandingan yang diadakan oleh penganjur di luar sana.


Hantaran lelaki itu sememangnya menarik perhatian pengguna di platform TikTok yang mana majoritinya meminta tips bagaimana mahu menjadi ‘bertuah’ sepertinya.


Ramai juga berseloroh mengatakan diri mereka tergolong dalam individu yang mustahil untuk menang sesebuah peraduan yang disertai.


Lelaki itu lantas menjawab bahawa tiada tips atau senjata yang ampuh untuk memenangi hadiah lumayan menerusi sesebuah peraduan.


Bagaimanapun, Tuan Amin telah berkongsi 10 tips untuk menyertai peraduan dengan betul dan berpeluang memenangi hadiah jika sudah tertulis rezeki padanya.


1. Cari kawan kaki contest

Memiliki kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama, dapat meningkatkan semangat dalam menyertai peraduan, selain berkongsi pelbagai idea bernas dan informasi tentang peraduan terkini.


2. Karya kreatif dan inovatif

Untuk peraduan cipta logo/fotografi kreatif/melukis, anda perlu tonjol kreativiti yang lain daripada yang lain, di samping menfokuskan produk/barang yang ingin ditonjolkan.


3. Usaha lebih gigih

Rajin mempelajari sesuatu yang baharu untuk memberikan kelainan. Jadikan penyertaan daripada para pemenang utama sebagai sumber rujukan atau inspirasi.


4. Sedia peruntukan wang

Kebanyakkan syarat peraduan adalah dengan membeli proudk jenama penganjur, maka anda mesti sanggup membelanjakan wang untuk sertai dan juga untuk prop atau peralatan supaya karya tampil lain daripada yang lain.


5. Peraduan media sosial

Seterusnya, anda perlu hantar penyertaan peraduan atas talian ketika di penghujung tarikh tutup untuk mengelakkan penyertaan terbabit ditiru oleh pesaing lain.


6. Doa dan tawakal

Jangan meletakkan harapan kemenangan terlalu tinggi jika kita kalah, kita akan rasa sangat kecewa. Jadi, sentiasa berdoa lalu mengganggap kemenangan sebagai rezeki.


7. Jangan putus asa

Untuk setiap kekalahan, jangan berputus asa dan sentiasa terus mencuba dan belajar daripada orang-orang yang hebat. Namun, dia menegaskan bukanlah dengan meniru tetapi cari identiti sendiri.


8. Baca terma dan syarat

Ini sangat penting supaya anda memahami lebih terperinci tentang peraduan tersebut. Pembatalan penyertaan akibat kesilapan teknikal boleh dielakkan.


9. Jangan umum terlalu awal

Jika anda diumumkan sebagai pemenang, simpan dahulu berita gembira ini sehingga anda sudah dapat hadiah kemenangan anda. Kadang-kadang kala ada yang tidak berpuas hati akan kemenangan kita.


10. Kongsi rezeki kemenangan

Akhir sekali, kongsi rezeki dengan insan yang banyak membantu dalam karya dan penyertaan anda. Apabila kita berkongsi rezeki, kita akan dilimpahi dengan rezeki lain juga.


Konklusinya, tidak wujudlah istilah kabel lagi selepas ini kerana kita semua sebenarnya memang berpeluang memenangi hadiah seperti tuan Amin ini.


Kredit: Vocket 

 

Post a Comment

0 Comments